Suka untuk saya kongsikan hasil kreativiti karya pelajar-pelajar Sekolah Taman Universiti 1 berusia 9 hingga 11 tahun melalui eksperimentasi daripada bahan terbuang. Hasil kreativiti ini dipamerkan di Perpustakaan Sultanah Zanariah yang berkolabrasi bersama Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, ARTGENG Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA).
Sebanyak 50 karya pelbagai media dan teknik dipamerkan. Penggunaan bahan ‘Plaster of Paris’ bersama dengan sumber terbuang seperti dawai, paku, butang, ranting, penutup botol, jarum, cengkerang, plastik, tin, komponen elektrik, manik, tali, batu dan pelbagai barangan mencetuskan karya seni yang halus dan menarik.
Mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat adalah mengenai pencemaran, pemuliharaan, pemeliharaan ekosistem, cintakan alam semulajadi dan menghargai alam.
Suka untuk saya
kongsikan hasil kreativiti karya pelajar-pelajar Sekolah Taman Universiti 1
berusia 9 hingga 11 tahun melalui eksperimentasi daripada bahan terbuang. Hasil kreativiti ini dipamerkan di
Perpustakaan Sultanah Zanariah yang berkolabrasi bersama Sekolah Kebangsaan
Taman Universiti 1, ARTGENG Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor
(SERUPA).
Sebanyak 50 karya
pelbagai media dan teknik dipamerkan. Penggunaan bahan ‘Plaster of Paris’ bersama dengan sumber terbuang seperti dawai,
paku, butang, ranting, penutup botol, jarum, cengkerang, plastik, tin, komponen
elektrik, manik, tali, batu dan pelbagai barangan mencetuskan karya seni yang
halus dan menarik.
Mesej yang ingin
disampaikan kepada masyarakat adalah mengenai pencemaran, pemuliharaan,
pemeliharaan ekosistem, cintakan alam semulajadi dan menghargai alam.
Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk:
Keseimbangan (Balance)
Keseimbangan adalah mengagihkan keberatan visual objek, warna, tekstur dan ruang. Sekiranya rekaan diberi skala, elemen keseimbangan ini membuatkan rekaan mempunyai kestabilan. Dalam keseimbangan simetri (symmetrical balance), elemen keseimbangan digunakan di satu sisi rekaan yang sama dengan sisi rekaan yang satu lagi. Dalam keseimbangan bukan simetri (asymmetrical balance), sisi antara satu sama lain adalah berbeza tetapi kelihatan stabil. Manakala keseimbangan jejari (radial balance), elemen disusun di sekitar satu titik tengah dan boleh jadi serupa.
Keseimbangan Simetri
Keseimbangan Bukan Simetri
Keseimbangan Jejari
Perspektif
Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik. Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang. Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan kesan tambahan seperti saiz satu meja atau saiz satu bangunan. Persepsi boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relative. Objek yang bertindan, dan objek yang dikaburkan atau dijelaskan.
Harmoni
Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsure-unsur seni visual mengikut vara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.
Harmoni dari segi rupa
Harmoni dari segi bentuk
Harmoni dari segi garisan
Kesatuan atau Paduan
Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsure-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.
Prinsip reka bentuk
adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran
tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan
idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita
membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka
bentuk.
Prinsip reka bentuk
membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila
dilihat. Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk:
Keseimbangan
(Balance)
Keseimbangan adalah
mengagihkan keberatan visual objek, warna, tekstur dan ruang. Sekiranya rekaan
diberi skala, elemen keseimbangan ini membuatkan rekaan mempunyai kestabilan.
Dalam keseimbangan simetri (symmetrical
balance), elemen keseimbangan digunakan di satu sisi rekaan yang sama
dengan sisi rekaan yang satu lagi. Dalam keseimbangan bukan simetri (asymmetrical balance), sisi antara satu
sama lain adalah berbeza tetapi kelihatan stabil. Manakala keseimbangan jejari (radial balance), elemen disusun di
sekitar satu titik tengah dan boleh jadi serupa.
Keseimbangan Simetri
Keseimbangan Bukan Simetri
Keseimbangan Jejari
Perspektif
Perspektif dihasilkan
apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik.
Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam
suatu ruang. Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu
segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan
kesan tambahan seperti saiz satu meja atau saiz satu bangunan. Persepsi boleh
dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relative. Objek yang bertindan, dan
objek yang dikaburkan atau dijelaskan.
Harmoni
Harmoni wujud pada
benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni
visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsure-unsur seni visual mengikut
vara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks
seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang
tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi
prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur,
seragam dan selesa pandangan mata.
Harmoni dari segi rupa
Harmoni dari segi bentuk
Harmoni dari segi garisan
Kesatuan
atau Paduan
Kesatuan wujud pada
sesuatu gubahan apabila kesemua unsure-unsur di dalamnya mempunyai satu tema
atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan
yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan
prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih
lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan
memberi impak dari segi kekuatan karya.
Minggu ni saya nak kongsikan mengenai ergonomik. Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi)iaitu bermaksud rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia. prinsip asas bagi ergonomik adalah menyesuaikan keperluan kerja, peralatan dan persekitaran dengan diri kita. Mungkin kita tak kisah sangat berkaitan faktor ergonomik ni. Tapi ada kajian mengatakan ketidakseriusan ini akan menyebabkan punca-punca gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligament. Faktor inilah yang akan menyebabkan sakit belakang, sakit punggung, mata sakit dan macam-macam lagi...Jadi bila duduk buat kerja atau belajar, pastikan keadaan postur badan kita sesuai... Jangan la plak duduk senget sebelah...heheeee
Bila time kerja atau belajar, kita boleh praktikkan benda-benda nih...
1)Pastikan postur badan kita selamat dan sesuai.
2) Susun alatan opis macam PC, printer, kerusi, almari atau meja supaya senang kita nak handle.
3) Buat exercise ringan sebelum dan ketika kerja. Kalau rajin nak poco-poco pun tak kisah laaa. Kalau kerjabanyak guna PC, cuba amalkan 25 minit bekerja dan 5 minit rehat ( tengok la benda lain selain dari monitor PC tu). Janhgan plak buat-buat tersilap mengamalkan 5 minit kerja 25 minit rehat,,heheheee
Ada beberapa perkara yang mempengaruhi keadaan ergonomik di tempat kerja:
1) Susun atur dan penggunaan perabot seperti komputer, telefon, dokumen dan lain-lain. Kalau boleh gunakan meja berbentuk L. Kerusi plak kalau boleh gunakan yang jenis boleh laras supaya paras siku sama dengan paras meja.
2) Faktor persekitaran pejabat seperti suhu dan keamatan cahaya. Suhu kat opis jangan terlalu sejuk macam duduk dalam peti ais ataupun panas macam dok kat belakang peti ais plak. Cahaya kena terang. Jangan ada bayangan yang kalu ditenung lama-lama maunya boleh migrain atau sakit kepala. Bagi yang opis ada cermin tingkap, monitor PC jangan letak melawan cahaya matahari. Silau mata woooo~~
3) Mesti ada pengudaraan yang baik.. Paling koman pun ada kipas laaa..Kipas jenis handmatic pun tak pa dah.. Sekurang-kurangnya boleh la kipas untuk elakkan bau-bauan hapak yang harum semerbak. Buka pintu dan tingkap untuk bagi ada aliran pengudaraan yang baik...
Kesimpulannya, suasana kerja yang ergonomik sangat la penting. Sebab ia akan pastikan keadaan kerja yang kondusif dan selamat. Produktiviti dan kualiti kerja pun In Sha Allah akan meningkat..Selamat mencuba :)

First dapat tugasan melakar memang sentap habis la jantung saya niiiii!! maklum la tangan yang tak berapa nak berseni nak dibandingkan dgn rakan2 seperjuangan yg lain...sob sob...tapi tak pe, akan saya usahakan juga untuk menyiapkan 30 lakaran. Dalam tempoh dua hari saya berjaya menyiapkan lakaran ( ye laaaa tak berapa fokus,kalau fokus tak sampai satu hari dah boleh siap,,,hehe)..Jeng jeng jenngggggg,,ni la hasil tulang empat kerat saya niiii...sila la tengok,,heheeee