Prinsip reka bentuk
adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran
tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan
idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita
membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka
bentuk.
Prinsip reka bentuk
membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila
dilihat. Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk:
Keseimbangan
(Balance)
Keseimbangan adalah
mengagihkan keberatan visual objek, warna, tekstur dan ruang. Sekiranya rekaan
diberi skala, elemen keseimbangan ini membuatkan rekaan mempunyai kestabilan.
Dalam keseimbangan simetri (symmetrical
balance), elemen keseimbangan digunakan di satu sisi rekaan yang sama
dengan sisi rekaan yang satu lagi. Dalam keseimbangan bukan simetri (asymmetrical balance), sisi antara satu
sama lain adalah berbeza tetapi kelihatan stabil. Manakala keseimbangan jejari (radial balance), elemen disusun di
sekitar satu titik tengah dan boleh jadi serupa.
Keseimbangan Simetri |
Keseimbangan Bukan Simetri |
Keseimbangan Jejari |
Perspektif
Perspektif dihasilkan
apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik.
Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam
suatu ruang. Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu
segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan
kesan tambahan seperti saiz satu meja atau saiz satu bangunan. Persepsi boleh
dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relative. Objek yang bertindan, dan
objek yang dikaburkan atau dijelaskan.
Harmoni
Harmoni wujud pada
benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni
visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsure-unsur seni visual mengikut
vara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks
seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang
tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi
prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur,
seragam dan selesa pandangan mata.
Harmoni dari segi rupa |
Harmoni dari segi bentuk |
Harmoni dari segi garisan |
Kesatuan
atau Paduan
Kesatuan wujud pada
sesuatu gubahan apabila kesemua unsure-unsur di dalamnya mempunyai satu tema
atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan
yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan
prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih
lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan
memberi impak dari segi kekuatan karya.
Kesatuan tema jenis objek dan warna |
Kesatuan tema |
Kesatuan warna, objek dan rupa |
No comments:
Post a Comment