Assalamualaikum..... Minggu ni saya nak kongsi mengenai elemen reka bentuk. Elemen Reka Bentuk???? Apa tuuu??? Okess elemen reka bentuk ni merupakan unit asas dalam pembentukan sesuatu imej visual. Elemen-elemen reka bentuk ni terdiri daripada TITIK, GARISAN, BENTUK, NILAI, TEKSTUR, dan WARNA. Mmmmm mcm mana sume ni boleh jadi elemen reka bentuk yeeee...jom2 kita tengok satu persatu elemen-elemen ni...
Titik
Merupakan elemen reka bentuk yang pertama dan paling mudah di dalam reka bentuk. Beberapa gabungan titik mewakili objek atau idea yang lebih kompleks. Contohnya buruj.
Garisan
Satu garisan boleh diandaikan sebagai satu titik yang sangat hampir kedudukan sehingga tidak kelihatan identity individu dan seterusnya membentuk satu entity baru. Oleh sebab garisan boleh menegak, melengkung atau berbentuk tidak seragam, kita boleh mengandaikan satu garisan sebagai laluan satu titik yang sedang bergerak.
Bentuk
Bentuk adalah satu kawasan yang jelas kelihatan daripada ruang bersebelahan atau di sekelilingnya. Ia adalah disebabkan oleh sempadan yang tersirat atau oleh sebab bperbezaan oleh nilai, warna atau tekstur. Satu bentuk terwujud apabila satu garisan melingkungi satu kawasan.
Nilai
Merupakan darjah kecerahan dan kegelapan relatif. Garisan, warna, tekstur dan bentuk memerlukan perbandingan nilai supaya dapat dilihat. Nilai digunakan untuk menjelaskan objek, bentuk dan ruang. Contoh: kawasan gelap melambangkan misteri,kesuraman; kawasan cerah melambangkan kegembiraan,keseronokan.
Tekstur
Tekstur adalah ciri-ciri permukaan yang boleh dirasai melalui deria sentuhan. Di dalam imej visual, tekstur sebenar dapat digunakan seperti kain, kotak, objek yang kecil dan item-item semulajadi. Tekstur boleh digunakan untuk memberi penekanan kepada sesuatu kawasan agar ia lebih menonjol daripada yang lain.
Warna
Warna merupakan komponen cahaya yang dipantulkan oleh objek yang kita lihat. Warna primer adalah merah, kuning dan biru.
No comments:
Post a Comment