Suka untuk saya
kongsikan hasil kreativiti karya pelajar-pelajar Sekolah Taman Universiti 1
berusia 9 hingga 11 tahun melalui eksperimentasi daripada bahan terbuang. Hasil kreativiti ini dipamerkan di
Perpustakaan Sultanah Zanariah yang berkolabrasi bersama Sekolah Kebangsaan
Taman Universiti 1, ARTGENG Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor
(SERUPA).
Sebanyak 50 karya
pelbagai media dan teknik dipamerkan. Penggunaan bahan ‘Plaster of Paris’ bersama dengan sumber terbuang seperti dawai,
paku, butang, ranting, penutup botol, jarum, cengkerang, plastik, tin, komponen
elektrik, manik, tali, batu dan pelbagai barangan mencetuskan karya seni yang
halus dan menarik.
Mesej yang ingin
disampaikan kepada masyarakat adalah mengenai pencemaran, pemuliharaan,
pemeliharaan ekosistem, cintakan alam semulajadi dan menghargai alam.
No comments:
Post a Comment