Saturday, 30 March 2013

Let Us Talk About Nature

Suka untuk saya kongsikan hasil kreativiti karya pelajar-pelajar Sekolah Taman Universiti 1 berusia 9 hingga 11 tahun melalui eksperimentasi daripada bahan terbuang.  Hasil kreativiti ini dipamerkan di Perpustakaan Sultanah Zanariah yang berkolabrasi bersama Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, ARTGENG Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA).

Sebanyak 50 karya pelbagai media dan teknik dipamerkan. Penggunaan bahan ‘Plaster of Paris’ bersama dengan sumber terbuang seperti dawai, paku, butang, ranting, penutup botol, jarum, cengkerang, plastik, tin, komponen elektrik, manik, tali, batu dan pelbagai barangan mencetuskan karya seni yang halus dan menarik.

Mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat adalah mengenai pencemaran, pemuliharaan, pemeliharaan ekosistem, cintakan alam semulajadi dan menghargai alam.










No comments:

Post a Comment