Thursday 21 March 2013

Ergonomik


Minggu ni saya nak kongsikan mengenai ergonomik. Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi)iaitu bermaksud rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia. prinsip asas bagi ergonomik adalah menyesuaikan keperluan kerja, peralatan dan persekitaran dengan diri kita. Mungkin kita tak kisah sangat berkaitan faktor ergonomik ni. Tapi ada kajian mengatakan ketidakseriusan ini akan menyebabkan punca-punca gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligament. Faktor inilah yang akan menyebabkan sakit belakang, sakit punggung, mata sakit dan macam-macam lagi...Jadi bila duduk buat kerja atau belajar, pastikan keadaan postur badan kita sesuai... Jangan la plak duduk senget sebelah...heheeee   

Bila time kerja atau belajar, kita boleh praktikkan benda-benda nih...

1)Pastikan postur badan kita selamat dan sesuai.
2) Susun alatan opis macam PC, printer, kerusi, almari atau meja supaya senang kita nak handle.
3) Buat exercise ringan sebelum dan ketika kerja. Kalau rajin nak poco-poco pun tak kisah laaa. Kalau kerjabanyak guna PC, cuba amalkan 25 minit bekerja dan 5 minit rehat ( tengok la benda lain selain dari monitor PC tu). Janhgan plak buat-buat tersilap mengamalkan 5 minit kerja 25 minit rehat,,heheheee

Ada beberapa perkara yang mempengaruhi keadaan ergonomik di tempat kerja:

1) Susun atur dan penggunaan perabot seperti komputer, telefon, dokumen dan lain-lain. Kalau boleh gunakan meja berbentuk L. Kerusi plak kalau boleh gunakan yang jenis boleh laras supaya paras siku sama dengan paras meja.

2)  Faktor persekitaran pejabat seperti suhu dan keamatan cahaya. Suhu kat opis jangan terlalu sejuk macam duduk dalam peti ais ataupun panas macam dok kat belakang peti ais plak. Cahaya kena terang. Jangan ada bayangan yang kalu ditenung lama-lama maunya boleh migrain atau sakit kepala. Bagi yang opis ada cermin tingkap, monitor PC jangan letak melawan cahaya matahari. Silau mata woooo~~


3) Mesti ada pengudaraan yang baik.. Paling koman pun ada kipas laaa..Kipas jenis handmatic pun tak pa dah.. Sekurang-kurangnya boleh la kipas untuk elakkan bau-bauan hapak yang harum semerbak. Buka pintu dan tingkap untuk bagi ada aliran pengudaraan yang baik...

Kesimpulannya, suasana kerja yang ergonomik sangat la penting. Sebab ia akan pastikan keadaan kerja yang kondusif dan selamat. Produktiviti dan kualiti kerja pun In Sha Allah akan meningkat..Selamat mencuba :)







No comments:

Post a Comment