Monday 25 March 2013

Prinsip Reka Bentuk


Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk:


Keseimbangan (Balance)
Keseimbangan adalah mengagihkan keberatan visual objek, warna, tekstur dan ruang. Sekiranya rekaan diberi skala, elemen keseimbangan ini membuatkan rekaan mempunyai kestabilan. Dalam keseimbangan simetri (symmetrical balance), elemen keseimbangan digunakan di satu sisi rekaan yang sama dengan sisi rekaan yang satu lagi. Dalam keseimbangan bukan simetri (asymmetrical balance), sisi antara satu sama lain adalah berbeza tetapi kelihatan stabil. Manakala keseimbangan jejari (radial balance), elemen disusun di sekitar satu titik tengah dan boleh jadi serupa.

Keseimbangan Simetri

Keseimbangan Bukan Simetri

Keseimbangan Jejari


Perspektif
Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik. Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang. Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan kesan tambahan seperti saiz satu meja atau saiz satu bangunan. Persepsi boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relative. Objek yang bertindan, dan objek yang dikaburkan atau dijelaskan.



Harmoni
Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsure-unsur seni visual mengikut vara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.

Harmoni dari segi rupa

Harmoni dari segi bentuk

Harmoni dari segi garisan


Kesatuan atau Paduan
Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsure-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.


Kesatuan tema jenis objek dan warna

Kesatuan tema

Kesatuan warna, objek dan rupa







No comments:

Post a Comment