Thursday, 13 June 2013

Cadangan Asas Reka Cipta

Tajuk: Pencetak  Sedia Tauhu

1.0       PENGENALAN

Projek ini telah diilhamkan untuk membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran tauhu. Rekabentuk kami ini adalah untuk memudahkan dan meminimumkan masa bagi penghasilan tauhu. Pengusaha-pengusaha tauhu menggunakan jari untuk membentuk tauhu di atas pencetak dan selepas tauhu terhasil, mereka menggunakan pisau untuk menceraikan tauhu. Oleh itu, kami akan merekabentuk satu produk yang akan membolehkan pengguna menggunakannya untuk mempercepatkan kerja tanpa perlu membentuk dan menceraikan tauhu satu persatu di atas pencetak. Rekabentuk ini akan menjimatkan masa pengguna dalam proses penghasilan tauhu.     

2.0       LATAR BELAKANG MASALAH

            Keenakkan tauhu memang diakui ramai sehingga menjadikannya makanan kegemaran pelbagai lapisan masyarakat sejak sekian lama dan ini menyebabkan permintaan tauhu pada masa kini agak tinggi dan pengeluaran tauhu perlu ditambah sehingga empat kali ganda pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Tahun Baru Cina. Oleh itu pengusaha terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan pengeluaran tauhu mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan.

 3.0      OBJEKTIF

            Produk ini adalah untuk membantu pengusaha menjimatkan masa dan sekaligus meningkatkan penghasilan tauhu. Produk ini mempunyai dua fungsi dan mudah dikendalikan oleh pengguna.

4.0       KAJIAN PASARAN
 
                                                                 Tauhu dipotong

5.0       PENYELESAIAN MASALAH

            Aspek rekabentuk memberikan faedah kepada pengguna kerana dapat meminimumkan penggunaan masa dalam penghasilan tauhu. Produk ini boleh menyelesaikan masalah untuk mempercepatkan proses  membentuk tauhu dan menceraikan tauhu antara satu sama lain. Rekabentuk produk ini akan menggunakan pisau yang dipasang mengikut saiz pencetak tauhu sediaada dan pada satu bahagian lagi berbentuk jejari yang berfungsi untuk membentuk tauhu.
   
6.0       KUMPULAN SASARAN

Kumpulan yang kami sasarkan adalah pengusaha industri kecil dan sederhana terutama sekali adalah pengusaha tauhu.
 
7.0       KOS PRODUK

Untuk projek ini, kami hanya menyediakan model. Bagi penyediaan model, kami menggunakan bahan – bahan berikut :
Bil
Bahan
Harga ( RM )
1
PVC Board
15.00
2
Kertas Aluminium
5.00
3
Double Sided Tape
2.00
4
Anchor Paint Spray ( Kuning )
7.50
5
Jarum Peniti
1.00
6
Dowel ( Penetap )
2.00

JUMLAH
32.50

Namun begitu, model yang kami sediakan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan yang sebenar. Kami hanya menyediakan dari rekabentuk sahaja. Justeru itu, kami menyenaraikan beberapa bahan  sebenar yang digunakan untuk membuat produk ini. Bahan – bahannya ialah :
Bil
Bahan
Harga ( RM )
1
Papan Lapis
20.00
2
Bilah Pisau ( Stainless Steel)
50.00
3
Paku
5.00
4
Kayu Inci
5.00

JUMLAH
80.00

8.0       STRATEGI PEMASARAN

            Matlamat strategi pemasaran adalah untuk promosi dan memaparkan maklumat komersial. Media yang digunakan adalah televisyen yang akan dipersembahkan dalam bentuk dokumentari pendek atau video. Bagi kaedah promosi masa depan adalah seperti radio, akhbar, blog dan majalah.  

9.0       PROSEDUR KERJA MENGHASILKAN PROJEK

Untuk menyediakan model ini, kami menggunakan PVC board sebagai bahan utama. PVC board dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. PVC board tersebut dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama dijadikan sebagai bingkai dan tapak, dan bahagian kedua dipotong menjadi seperti bilah pisau. PVC board yang dijadikan sebagai bilah pisau tersebut di buat tanggam supaya pemasangan boleh dilakukan.
            Bahagian PVC board yang dijadikan sebagai tapak dan bingkai tersebut, kami warnakan pvc board tersebut dengan Anchor Cat Spray yang berwarna kuning. Warna kuning digunakan adalah untuk menunjukkan bahawa bahan sebenar untuk membuat produk ini dibuat dengan menggunakan papan lapis.
            Bagi PVC board yang dijadikan sebagai bilah pisau, kami balutkan bahan tersebut dengan kertas aluminium. Tujuan kertas tersebut ditampal adalah untuk menunjukkan bahawa bahan sebenar produk ini terdiri dari pisau stainless steel.
            Bahagian depan tapak, kami tampalkan dowel sebagai bahan untuk mencucuk kain. Dowel tersebut ditampal dengan menggunakan double sided tape. Dowel tersebut ditampal mengikut ukuran yang telah dibuat dan disusun mengikut acuan sebenar. Di bahagian belakang tapak, kami menampal pvc board (yang dibaluti dengan kertas aluminium) yang telah dicantumkan. Bahan tersebut dicantumkan dengan menggunakan double sided tape. Kemudian, bahagian tepi tapak ( bahagian belakang ) ditampal dengan pvc board untuk dijadikan sebagai bingkai tapak. Kaedah menampal ialah dengan menggunakan double side tape dan jarum peniti. Dua bahan ini digunakan adalah untuk menambah kekuatan model ini. Jarum peniti juga berperanan sebagai paku untuk projek yang sebenar. Akhir sekali, pemegang dicantumkan di tengah – tengah bingkai. Pemegang tersebut juga dibuat dengan menggunakan pvc board dan di cat berwarna kuning. Pemegang tersebut dicantumkan dengan double side tape dan jarum peniti.

10.0     MANUAL PENGENDALIAN

Langkah – langkah menggunakan produk ini ialah :
1.      Setelah kain diletakkan pada acuan tauhu, bahagian depan mencucuk kain masuk kedalam acuan.
2.      Angkat produk tersebut dan pastikan semua kain telah masuk kedalam lubang acuan.
3.      Setelah tauhu siap diterap, tauhu dikeluarkan dari acuan dan diletakkan di atas plat keluli. Bahagian belakang produk yang berbentuk bilah pisau digunakan. Bahagian ini ditekan dari atas sehingga semua tauhu terpotong.

11.0     KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PROJEK

            Kebaikan dan kekuatan terbesar produk ini adalah ia murah dan semua orang mampu untuk membelinya terutama pengusaha industri kecil dan sederhana. Rekabentuk yang mudah dan selamat digunakan. Walaubagaimanapun produk ini adalah memerlukan tenaga manusia secara manual untuk mengendalikannya.

12.0     KESIMPULAN DAN CADANGAN

            Aspek penting produk ini adalah untuk menjimatkan masa pengguna. Oleh sebab itu proses reka bentuk ini memberi tumpuan kepada cara penggunaan yang boleh meminimumkan masa semasa proses pembuatan tauhu. Selain daripada itu, aspek penting ialah keupayaan produk ini untuk digunakan dan dipasarkan.

13.0     RUJUKAN