Reka Bentuk Model
Model dihasilkan adalah untuk:
- Menguji prinsip dan idea
- Mengajar atau menyampaikan maklumat
- Membantu menggambarkan idea
- Pengiklanan dan tujuan paparan
- Keseronokkan
Jenis-jenis model yang biasa digunakan adalah:
Model Blok
- Beri gambaran bentuk keseluruhan objek
- Dihasilkan daripada bahan padu seperti kayu dan polisterina, plaster atau tanah liat
Model Bentangan
- Dihasilkan dengan melipat dan menyambung kertas, kad dan kepingan bahan lain
- Rekabentuk seni bina dan dalaman dihasilkan dengan cara ini
Model Ujian
- Pastikan reka bentuk berfungsi seperti yang dikehendaki
Model Kerja
- Mekanisme, litar elektronik dan bahagian reka bentuk berfungsi diuji dengan model ini
Model Prototaip
- Mewakili reka bentuk yang dicadangkan sebaik mungkin
Model Sebenar Produk
- Model ini mewakili rupa sebenar produk yang bakal dihasilkan
Model Terjana Komputer
- Digunakan untuk bina model reka bentuk pada paparan
- Mudah diperbaiki, tanpa guna bahan, dapat diuji dengan selamat
Ciri-ciri Model Yang Baik
Model yang baik adalah hasil daripada perancangan dan analisis yang teliti, haruslah tepat, mempunyai sambungan yang baik, diperbuat daripada bahan dan perekat yang dipilih teliti bagi memastikan kesan skala yang maksimum dan kebersihannya. selain itu mempunyai kemasan akhir yang baik dan disambungkan dengan jumlah pelekat yang minimum bagi memastikan kekuatan yang maksimum.
Tujuan pembinaan model adalah untuk menunjukkan produk reka cipta, menunjukkan perhatian diberikan kepada butiran-butiran yang penting, menunjukkan skala sebenar dalam semua segi termasuk tekstur, warna dan ketebalan bahan dan mempunyai hujung-hujung yang tepat hasil daripada penggunaan alat yang betul.
Ketahanlasakan Model
Jangkamasa ketahanlasakan sesuatu model sangat penting dan model haruslah kekal dalam bentuk asal sekurang-kurangnya sehingga ia dinilai. jangkamasa yang dicadangkan adalah daripada satu semester sehingga satu tahun. Ciri-ciri bahan yang digunakan dan bagaimana bahan tersebut tahan dengan keadaan panas, sejuk, kelembapan dan sebagainya. Model yang disimpan di dalam kaca akan tahan lebih lama tanpa kerosakkan.
No comments:
Post a Comment