Thursday 13 June 2013

Harta Intelek

Apa Itu Harta Intelek??

Harta intelek adalah hasil ciptaan minda seseorang. Contohnya rekacipta, hasilkarya, rekabentuk dan penggunaan imej atau simbol yang digunakan dalam perdagangan. Kategori harta intelek adalah seperti paten, cap dagangan (trademark), hak cipta (copyright), reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu, pembaharuan utility (utility innovation) dan maklumat perdagangan/maklumat yang tidak diketahui (trade secret/undisclosed information).

Hakcipta

  • Hasil karya: sastera, seni,filem, rakaman bunyi dan siaran.
  • Perlu memenuhi kriteria tertentu: keaslian, diletakkan dalam bentuk bahan, kelayakkan.
  • Tidak perlu berdaftar.
  • Pemilik mempunyai pilihan untuk mendapatkan remedi sivil atau mengambil tindakan jenayah.


Paten

  • Rekacipta: Produk atau proses.
  • Perlu memenuhi kriteria: Baru, Mempunyai langkah-langkah penciptaan dan pemakainan secara industri.
  • Perkara-perkara yang tidak boleh dipatenkan.
  • perlu berdaftar.
  • Tindakan Sivil sahaja.



Capdagangan

  • Simbol atau Cap
  • Perlu memenuhi kriteria tertentu: distinktif, merujuk kepada barang atau perniagaan yang dijalankan.
  • Perlu berdaftar
  • Pemilik mempunyai pilihan untuk mendapatkan remedi sivil atau mengambil tindakan jenayah.





Rekabentuk Industri


  • Rekabentuk sesuatu barangan
  • Perlu memenuhi kriteria tertentu: rekabentuk seperti didefinisi, menarik pada pandangan mata, terpakai pada barangan, untuk tujuan industri dan baru.
  • Perkara-perkara yang tidak boleh didaftarkan.
  • Perlu berdaftar.
  • Tindakan Sivil sahaja.


Passing Off

  • Hak yang diberi di bawah Common Law, berdasarkan kes-kes yang diputuskan.
  • Melindungi "good will" sesuatu perniagaan.
  • Kriteria: salahnyataan, kepada bakal pelanggan, dalam bidang perniagaan, yang menyebabkan kerugian kepada peniaga.
  • Tidak perlu berdaftar.
  • Mendapat remidi sivil sahaja.

Kerahsiaan

  • Hak yang diberi dibawah Common Law, berdasarkan kes-kes yang diputuskan.
  • Kerahsiaan di sini termasuk persendirian, kerajaan atau perniagaan.
  • harta Intelek lebih kepada rahsia perniagaan.
  • Kriteria: maklumat mesti rahsia, tanggungjawab kerahsiaan, penggunaan tanpa izin, pemilik mengalami bahaya.


No comments:

Post a Comment