1.0 PENGENALAN
Projek ini telah diilhamkan untuk membantu meningkatkan
produktiviti pengeluaran tauhu. Rekabentuk kami ini adalah untuk memudahkan dan
meminimumkan masa bagi penghasilan tauhu. Pengusaha-pengusaha tauhu menggunakan
jari untuk membentuk tauhu di atas pencetak dan selepas tauhu terhasil, mereka
menggunakan pisau untuk menceraikan tauhu. Oleh itu, kami akan merekabentuk
satu produk yang akan membolehkan pengguna menggunakannya untuk mempercepatkan
kerja tanpa perlu membentuk dan menceraikan tauhu satu persatu di atas
pencetak. Rekabentuk ini akan menjimatkan masa pengguna dalam proses
penghasilan tauhu.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Keenakkan
tauhu memang diakui ramai sehingga menjadikannya makanan kegemaran pelbagai
lapisan masyarakat sejak sekian lama dan ini menyebabkan permintaan tauhu pada
masa kini agak tinggi dan pengeluaran tauhu perlu ditambah sehingga empat kali
ganda pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Tahun
Baru Cina. Oleh itu pengusaha terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan
pengeluaran tauhu mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan.
3.0 OBJEKTIF
Produk
ini adalah untuk membantu pengusaha menjimatkan masa dan sekaligus meningkatkan
penghasilan tauhu. Produk ini mempunyai dua fungsi dan mudah dikendalikan oleh
pengguna.
4.0 KAJIAN PASARAN
Tauhu dipotong
5.0 PENYELESAIAN MASALAH
Aspek
rekabentuk memberikan faedah kepada pengguna kerana dapat meminimumkan penggunaan
masa dalam penghasilan tauhu. Produk ini boleh menyelesaikan masalah untuk
mempercepatkan proses membentuk tauhu
dan menceraikan tauhu antara satu sama lain. Rekabentuk produk ini akan
menggunakan pisau yang dipasang mengikut saiz pencetak tauhu sediaada dan pada
satu bahagian lagi berbentuk jejari yang berfungsi untuk membentuk tauhu.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan yang kami sasarkan adalah pengusaha industri kecil dan
sederhana terutama sekali adalah pengusaha tauhu.
7.0 KOS PRODUK
Untuk
projek ini, kami hanya menyediakan model. Bagi penyediaan model, kami
menggunakan bahan – bahan berikut :
Bil
|
Bahan
|
Harga ( RM )
|
1
|
PVC Board
|
15.00
|
2
|
Kertas Aluminium
|
5.00
|
3
|
Double Sided Tape
|
2.00
|
4
|
Anchor Paint Spray ( Kuning )
|
7.50
|
5
|
Jarum Peniti
|
1.00
|
6
|
Dowel ( Penetap )
|
2.00
|
|
JUMLAH
|
32.50
|
Namun
begitu, model yang kami sediakan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan yang
sebenar. Kami hanya menyediakan dari rekabentuk sahaja. Justeru itu, kami
menyenaraikan beberapa bahan sebenar
yang digunakan untuk membuat produk ini. Bahan – bahannya ialah :
Bil
|
Bahan
|
Harga ( RM )
|
1
|
Papan Lapis
|
20.00
|
2
|
Bilah Pisau ( Stainless Steel)
|
50.00
|
3
|
Paku
|
5.00
|
4
|
Kayu Inci
|
5.00
|
|
JUMLAH
|
80.00
|
8.0 STRATEGI PEMASARAN
Matlamat
strategi pemasaran adalah untuk promosi dan memaparkan maklumat komersial.
Media yang digunakan adalah televisyen yang akan dipersembahkan dalam bentuk
dokumentari pendek atau video. Bagi kaedah promosi masa depan adalah seperti
radio, akhbar, blog dan majalah.
9.0 PROSEDUR KERJA MENGHASILKAN PROJEK
Untuk
menyediakan model ini, kami menggunakan PVC board sebagai bahan utama. PVC
board dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. PVC board tersebut dibahagi
kepada dua bahagian. Bahagian pertama dijadikan sebagai bingkai dan tapak, dan
bahagian kedua dipotong menjadi seperti bilah pisau. PVC board yang dijadikan
sebagai bilah pisau tersebut di buat tanggam supaya pemasangan boleh dilakukan.
Bahagian PVC board yang dijadikan
sebagai tapak dan bingkai tersebut, kami warnakan pvc board tersebut dengan
Anchor Cat Spray yang berwarna kuning. Warna kuning digunakan adalah untuk
menunjukkan bahawa bahan sebenar untuk membuat produk ini dibuat dengan
menggunakan papan lapis.
Bagi PVC board yang dijadikan
sebagai bilah pisau, kami balutkan bahan tersebut dengan kertas aluminium.
Tujuan kertas tersebut ditampal adalah untuk menunjukkan bahawa bahan sebenar
produk ini terdiri dari pisau stainless steel.
Bahagian depan tapak, kami tampalkan
dowel sebagai bahan untuk mencucuk kain. Dowel tersebut ditampal
dengan menggunakan double sided tape. Dowel tersebut ditampal mengikut
ukuran yang telah dibuat dan disusun mengikut acuan sebenar. Di bahagian
belakang tapak, kami menampal pvc board (yang dibaluti dengan kertas aluminium)
yang telah dicantumkan. Bahan tersebut dicantumkan dengan menggunakan double
sided tape. Kemudian, bahagian tepi tapak ( bahagian belakang ) ditampal
dengan pvc board untuk dijadikan sebagai bingkai tapak. Kaedah menampal ialah
dengan menggunakan double side tape dan jarum peniti. Dua bahan ini
digunakan adalah untuk menambah kekuatan model ini. Jarum peniti juga
berperanan sebagai paku untuk projek yang sebenar. Akhir sekali, pemegang
dicantumkan di tengah – tengah bingkai. Pemegang tersebut juga dibuat dengan
menggunakan pvc board dan di cat berwarna kuning. Pemegang tersebut dicantumkan
dengan double side tape dan jarum peniti.
10.0 MANUAL PENGENDALIAN
Langkah
– langkah menggunakan produk ini ialah :
1. Setelah
kain diletakkan pada acuan tauhu, bahagian depan mencucuk kain masuk kedalam
acuan.
2. Angkat
produk tersebut dan pastikan semua kain telah masuk kedalam lubang acuan.
3. Setelah
tauhu siap diterap, tauhu dikeluarkan dari acuan dan diletakkan di atas plat
keluli. Bahagian belakang produk yang berbentuk bilah pisau digunakan. Bahagian
ini ditekan dari atas sehingga semua tauhu terpotong.
11.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PROJEK
Kebaikan dan
kekuatan terbesar produk ini adalah ia murah dan semua orang mampu untuk
membelinya terutama pengusaha industri kecil dan sederhana. Rekabentuk yang
mudah dan selamat digunakan. Walaubagaimanapun produk ini adalah memerlukan
tenaga manusia secara manual untuk mengendalikannya.
12.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Aspek
penting produk ini adalah untuk menjimatkan masa pengguna. Oleh sebab itu
proses reka bentuk ini memberi tumpuan kepada cara penggunaan yang boleh
meminimumkan masa semasa proses pembuatan tauhu. Selain daripada itu, aspek
penting ialah keupayaan produk ini untuk digunakan dan dipasarkan.
13.0 RUJUKAN
No comments:
Post a Comment