Assalamualaikum,,,,
Minggu ni dah start kuliah,,untuk tugasan pertama yg saya dpt adalah membina blog. Oppsss!!! Bina blog lagi,,adesss sem lepas dah buat kan,,tapi tergagap gagap la jugak nk siapkan,maklum la dengan line internet yg slow sehingga menyebabkan kura-kura pun boleh menang kalau buat pertandingan dan ditambahkan lagi dengan saya yang tak pandai bab2 blog ni. Tapi tak pe,,usaha tangga kejayaan, tak pandai la kena belajar kan??? Saya dah melalut dah ni,,OK jom fokus,,minggu ni saya nak berkongsi tentang KREATIF iaitu tajuk tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kesayangan saya Pn Fadila...Chewaahhhhh!! mcm ayat bodek la plak mentang2 dah buat dosa besar dgn beliau. Ampun puan,,bkn sengaja tak hadir kelas puan :(
OK selepas saya terjah blog2 yg berkaitan,,maka saya pun nk kongsi la pasal kreatif. Kreatif ni boleh didefinisikan sebagai jenis pemikiran yg spontan, bersifat baru, berimaginasi, berani dan penemuan saintifik yg kadang2 berlawanan dgn logik.
Individu yg kreatif adalah mereka yg mampu menjana pemikiran utk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yg masih belum dicuba oleh org lain. Seseorang itu akn berusaha mencari pelbagai input idea dlm pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru.
Korang dh fahamkan apa maksud kreatif?? Meh sini saya nak share plak mcm mana korang nak tambahkan tahap kreativiti korang. Jeng,,jeng,,jeengggggggg!! senang je,,korang tak payah nak pening2 kepala and stress segala bagai nak fikir bagai nak rak...Jom belek2 kt bawah ni, baca je apa yg saya tulis..hehe..
1. Bergembira & berseronok
Idea yang hebat sering datang bila kita sedang bergembira.Sekiranya seseorang individu sering tertekan,agak sukar untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif.Sebagai contoh: Sekiranya seorang wanita ingin menghasilkan sesuatu kelainan dalam masakan hariannya,maka dia boleh mencuba pelbagai cara untuk mencari kelainan dalam masakannya supaya ahli keluarganya tidak bosan dengan menu yang sama sahaja.Tidak perlu berasa stress di mana wanita tersebut hanya perlu mencuba dan merasai keseronokan apabila dapat menghasilkan satu masakan istimewa hasil daripada ideanya sendiri lalu terhasillah satu kepuasan di atas kejayaan aktiviti memasak yang dilakukan.
2. Berfikir seperti kanak-kanak
Kanak-kanak sentiasa mempunyai idea untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan kerana mereka tidak meletakkan had atau limitasi pada sesuatu penyelesaian.Maka,sebagai orang dewasa,kita jangan meletakkan terlalu banyak limitasi pada sesuatu perkara sehingga menyebabkan kita menjadi tidak kreatif.Sebagai contoh:Hiasilah kediaman anda mengikut kreativiti sendiri sepertimana kanak-kanak melakukan aktiviti melukis dan mewarna rumah idaman mereka.Kanak-kanak tidak meletakkan limitasi dan sentiasa berfantasi untuk menghasilkan lukisan rumah idaman yang cantik. Jangan takut untuk berfantasi dan ekspresi diri sangat penting untuk menghiasi rumah kediaman.Sekiranya,cara hiasan kurang memuaskan, berkreatiflah lagi sehingga mendapat kepuasan diri.
3. Contohi ciri-ciri orang yang kreatif.
Pilihlah sesiapa sahaja yang dilihat sebagai seorang yang kreatif. Asalkan idea-idea kreatif menjurus ke arah melakukan sesuatu yang positif atau membawa kebaikan.
4. Rajin membaca
Amalan suka membaca bahan-bahan yang berfaedah akan menambahkan pengetahuan anda dalam pelbagai perkara kerana ia banyak membantu dalam menghasilkan idea-idea yang bernas.
5. Amalan berfikir
Seseorang individu perlu banyak berfikir bagi menghasilkan sesuatu idea yang kreatif.Apabila seseorang individu berfikir,ini bermakna proses kognitif sedang berlaku.Bak kata pepatah,makin diasah makin tajam parangnya.Maka, amalan berfikir sebenarnya secara tidak langsung telah memupuk seseorang individu meningkatkan lagi kreativiti yang ada dalam diri.
6. Jangan terlalu rigid dan bersikap logik sepanjang masa
Sekiranya seseorang individu terlalu memikirkan logik dan terlalu rigid dengan pemikiran sendiri,maka agak sukar untuk menghasilkan idea kreatif kerana biasanya “logik” sering digunakan untuk mengkritik perkara yang sudah ada.Tetapi kreatif bukanlah tentang perkara yang sudah ada! Kreatif berkaitan dengan sesuatu perkara yang belum ada atau belum wujud.
Okesss kwn2,, kita dh tahu apa itu kreatif n cara nak kreatif,so jom kita mengkreatifkan diri kita..:)
No comments:
Post a Comment