Assalamualaikum,,,,
Minggu ni dah start kuliah,,untuk tugasan pertama yg saya dpt adalah
membina blog. Oppsss!!! Bina blog lagi,,adesss sem lepas dah buat kan,,tapi
tergagap gagap la jugak nk siapkan,maklum la dengan line internet yg slow
sehingga menyebabkan kura-kura pun boleh menang kalau buat pertandingan dan
ditambahkan lagi dengan saya yang tak pandai bab2 blog ni. Tapi tak
pe,,usaha tangga kejayaan, tak pandai la kena belajar kan??? Saya dah melalut
dah ni,,OK jom fokus,,minggu ni saya nak berkongsi tentang KREATIF iaitu tajuk
tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kesayangan saya Pn
Fadila...Chewaahhhhh!! mcm ayat bodek la plak mentang2 dah buat dosa besar dgn
beliau. Ampun puan,,bkn sengaja tak hadir kelas puan :(
OK selepas saya terjah blog2 yg berkaitan,,maka saya pun nk kongsi la
pasal kreatif. Kreatif ni boleh didefinisikan sebagai jenis pemikiran yg
spontan, bersifat baru, berimaginasi, berani dan penemuan saintifik yg kadang2
berlawanan dgn logik.
Individu yg kreatif adalah mereka yg mampu menjana pemikiran utk
mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yg masih
belum dicuba oleh org lain. Seseorang itu akn berusaha mencari pelbagai input
idea dlm pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang
baru.
Korang dh fahamkan apa maksud kreatif?? Meh sini saya nak share plak mcm
mana korang nak tambahkan tahap kreativiti korang. Jeng,,jeng,,jeengggggggg!!
senang je,,korang tak payah nak pening2 kepala and stress segala bagai nak
fikir bagai nak rak...Jom belek2 kt bawah ni, baca je apa yg saya tulis..hehe..
1. Bergembira & berseronok
Idea yang hebat sering datang bila kita sedang bergembira.Sekiranya
seseorang individu sering tertekan,agak sukar untuk menghasilkan sesuatu yang
kreatif.Sebagai contoh: Sekiranya seorang wanita ingin menghasilkan sesuatu
kelainan dalam masakan hariannya,maka dia boleh mencuba pelbagai cara untuk
mencari kelainan dalam masakannya supaya ahli keluarganya tidak bosan dengan
menu yang sama sahaja.Tidak perlu berasa stress di mana wanita tersebut hanya
perlu mencuba dan merasai keseronokan apabila dapat menghasilkan satu masakan
istimewa hasil daripada ideanya sendiri lalu terhasillah satu kepuasan di atas
kejayaan aktiviti memasak yang dilakukan.
2. Berfikir seperti kanak-kanak
Kanak-kanak sentiasa mempunyai idea untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan
kerana mereka tidak meletakkan had atau limitasi pada sesuatu
penyelesaian.Maka,sebagai orang dewasa,kita jangan meletakkan terlalu banyak
limitasi pada sesuatu perkara sehingga menyebabkan kita menjadi tidak
kreatif.Sebagai contoh:Hiasilah kediaman anda mengikut kreativiti sendiri
sepertimana kanak-kanak melakukan aktiviti melukis dan mewarna rumah idaman
mereka.Kanak-kanak tidak meletakkan limitasi dan sentiasa berfantasi untuk
menghasilkan lukisan rumah idaman yang cantik.
Jangan takut untuk berfantasi dan ekspresi diri sangat penting untuk
menghiasi rumah kediaman.Sekiranya,cara hiasan kurang memuaskan, berkreatiflah
lagi sehingga mendapat kepuasan diri.
3. Contohi ciri-ciri orang yang
kreatif.
Pilihlah sesiapa sahaja yang dilihat sebagai seorang yang kreatif.
Asalkan idea-idea kreatif menjurus ke arah melakukan sesuatu yang positif atau
membawa kebaikan.
4. Rajin membaca
Amalan suka membaca bahan-bahan yang berfaedah akan menambahkan
pengetahuan anda dalam pelbagai perkara kerana ia banyak membantu dalam
menghasilkan idea-idea yang bernas.
5. Amalan berfikir
Seseorang individu perlu banyak berfikir bagi menghasilkan sesuatu idea
yang kreatif.Apabila seseorang individu berfikir,ini bermakna proses kognitif
sedang berlaku.Bak kata pepatah,makin diasah makin tajam parangnya.Maka, amalan
berfikir sebenarnya secara tidak langsung telah memupuk seseorang individu
meningkatkan lagi kreativiti yang ada dalam diri.
6. Jangan terlalu rigid dan bersikap
logik sepanjang masa
Sekiranya seseorang individu terlalu memikirkan logik dan terlalu rigid
dengan pemikiran sendiri,maka agak sukar untuk menghasilkan idea kreatif kerana
biasanya “logik” sering digunakan untuk mengkritik perkara yang sudah
ada.Tetapi kreatif bukanlah tentang perkara yang sudah ada! Kreatif berkaitan
dengan sesuatu perkara yang belum ada atau belum wujud.
Okesss kwn2,, kita dh tahu apa itu kreatif n cara nak kreatif,so jom
kita mengkreatifkan diri kita..:)
No comments:
Post a Comment