Friday 22 February 2013

Konsep Tetikus Buatan BMW


Tak tercapai dek akal fikiran saya nak cipta ‘Mouse’yang canggih cam ni. Bagi saya guna mouse murah sudah, janji boleh guna gak kan...tapi bagi gamers computer sejati lagi tegar mungkin teruja dengan ciptaan mouse ni.

Keistimewaan mouse ni membolehkan kita memilih ketinggian yang yang sesuai dengan tangan kita, pendek kata boleh adjust la ikut sedap kita nk guna. Mouse ni dibuat dari aloy dan mempunyai ruang udara di atasnya yang sangat baik untuk mengeringkan peluh.

Untuk menghasilkan mouse yang canggih cm ni, BMW Design Works USA dan Thermaltake telah bekerjasama bersama dan mouse ni diberi nama ‘Level 10 M’. Rekaan mouse ni mengikut tema kereta lumba Aerospace-Grade Alloys.






Mouse ini juga mempunyai Z-key, untuk memudahkan gamer menukar sebanyak 5 profile game semasa ianya dimainkan.


Level 10 M juga didatangkan dengan warna Diamond Black, Iron White, Military Green dan Blazing Red dan akan berada di pasaran US, Europe and Asia tidak lama lagi.



No comments:

Post a Comment